Sabtu, 21 Jun 2014

A Nurse To Beeeeeee :D

Assalamualaikum ;)

Dah lama x hapdet belog. Hmm. Rasanya tiap kali hapdet ayat skema yang sama Nurul guna. Dah ketara sangat malas nak terjah2 belog sendiri. Adoi -__________-


Kali ni,alasannya sebab... Malas nak update blog, takde idea bernas lagi ohsem, dannnn.... macam2 lagi.  -Kata nak jadi blogger berjaya,dah apasal malas sangat nak update belog ni. Cis -.-'-


Dahhhhhhhh..... Jangan dihimpit beta dengan pelbagai persoalan yang berada di minda. Biarkan jari-jemari semarak tari beta ini mengatur bait bicara ~

memang sah nak kena lepuk ngan selipar fipper -.-'

Well -sambil meregang2 urat2 tensi-, to be honest memang Nurul agak malas hendak menaip  tapi berbekalkan alasan permintaan ramai untuk Nurul menaip kembali -padahallllll....- dan jugak sebab Nurul taknak biarkan belog ni sepi menyepi, Nurul gagahkan jugak untuk menaip. :')

Berbalik pada tajuk kemain ohsem di atas, mesti pembaca2 belog Nurul Natasyah -ada ke?- tertanya2. Aik, budak ni dah elok2 study pasai Hotel Management kat PoliKK, dah kenapa jadik nurse???

Rilek brader brader rilek...

Macam ni ceritanya...  

Lebih kurang seminggu sebelum melangkah ke semester dua, Nurul dapat email yang kata Nurul berjaya dalam temu dua spa8. Memang terkejut tahap gaban masa tu -gaban pun x terkejut cenggitu,sila ketawa :P- sebab masa temu duga memang Nurul x mengharap sangat dapat,setakat hadir je temu duga tu. Then bincang2 ngan family, dan berfikir masak2 semasaknya,then Nurul decide untuk terima offer untuk prgi sambung study dalam diploma kejururawatan ni.

Memanglah pd awalnya Nurul memang xde rasa minat pon ngan course ni. Siyes,x tipu, xla minat sgt. Tapi bila fikir balik,apa salahnya mencuba kn? Bila dah rasmi belajar dlm course Nursing ni, d Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Nurul masih cuba untuk sesuaikan diri dengan cara belajar d sini, cara sosial di sini, subjek2 yang bagi Nurul memang asing sikit n memerlukan Nurul untuk menghadam perlahan2 apa yang diajar.  

And now.... *batuk2 sopan. ehemmmm* , Nurul dah habis satu semester di kolej ni. Ngee...

Err... Dah ketara sangat berabad. Tak. Hapdet. Belog. ;')

 Seriously Nursing Course ni x senang wahai pembaca belogku syg. Tapi most of all Nurul banyak belajar berdikari lebih gigih lagi masa kat kolej ni. Dan merasai pengalaman bekerja kat hospital tau. Masa praktikal. Ihik ^_^

 Apa2 pun, kepada yang berminat nak ambik bidang kejururawatan sebagai bidang pilihan janganlah segan silu nak apply dalam course ni. Walaupun memang agak tough tapi best. 


Next stop: Semester dua ^_^


Kali ni x bergambar sebab ada masalah masa upload -.-

Terima kasih sudi baca ^_^  



Khamis, 7 November 2013

Oh Cuti Semester

Assalamualaikum

Rasanya dah agak lama Nurul x update belog nih. Ok. Bukan agak,tapi memang dah lama pon. huu. Agak2, ada yang rindu kat ai ke? cer jawab sket.

Perasan x ketahuan hala di perenggan awal -.-'

Bukannya Nurul dah malas nak updaye belog sebelum ni, tapi atas dasar desakan kesibukan mengurus rumah tangga... ok gurau je. Atas dasar desakan kesibukan menyiapkan esaimen+kuiz+test+ aktiviti kelab+takut tahap ketaq kepala lutut sebab final exam.. Lain2 sebab.. sebab penat sangat ngan susahnya nak mendapatkan jaringan internet kat tempat study walaupun pada hakikatnya wifi free kemain berlambak kat sana -.-'

Tapi org nak line internet laju, seronok sikit nak update belog :')

Bila balik cuti hujung minggu kat rmah kkak sepupu plak, asyik layan wechat.fb,ngan youtube. Belog dibiar sepi atas alasan rakde idea nak tulis apa. Bila mintak pendapat kat kawan,dia suggest Nurul sambung citer yang Nurul kata nak cerita masa kat post terakhir tu... Ingat lagi tak??? Ingat tak??

Sebenarnya Nurul sendiri pon x ingat -.-'

-silakan lepuk laju2-

Okey, lepas tengok balik post terakhir, baru Nurul Ingat. heheheh. Nurul nak cerita pasal kenapa Nurul sambung study dlm course yang Nurul sebenarnya x minat. Eya.  Course yang Nurul x sangka akan mnjd course sambung study Nuru. Serius, x sangka. Tapi percaya :)

Ceritanya begini..

Nurul dah tunggu lama offer dari IPTA untuk sambung kat course yang Nurul suke: akaun, bahasa inggeris, pentadbiran awam ataupun perbankan Islam. Tapi tunggu punye tunggu, asyik2 tawaran dari institut swasta je. Dapat tawaran ipta pon course peringkat sijil, pastu kat tempat yang kemian jauh.. Jd jawabnya Nurul tolaklh.. Bukan sebab memilih, tapi banyak alasan yang mendorong Nurul menolak tawaran tersebut. [kenapa tetiba baku sungguh perenggan ini? -.-']

Semakin lama tunggu, Nurul rasa tahap keyakinan diri Nurul semakin menurun.. Maybe x lah lama sgt, tapi bg bdak yang dah bersemangat berkobar2 nak sambung study, memang tahap kesedihan tu x boleh nak kata mcm mana. Masa tu Nurul nampak makin suka menyendiri, sampai satu tahap Nurul nangis depan mummy. Sebab kecewa sangat xdapat tawaran untuk course yang Nurul minat.

Sebelum part nangis tu, beberapa hari sebelum tu Nurul kena call dari Politeknik Kota Kinabalu. Katanya, Nurul dapat tawaran sambung study kat sana. Nurul tanya lh, dalam course apa ya? sebab seingat Nurul, Nurul apply course akauntansi, computer engineering (x minat sebenarnya) n pengurusan hotel(sama jgak, x mnat tp saja2 apply). Then bila dapat tau Nurul dapat tawaran untuk sambung dalam course pengurusan hotel, rasa kecewa itu ada, tapi happy lagi brsyukur sebab Nurul dapat tawaran. Walaupun Nurul kata kat parents, Nurul xnak sambung dlm course ni, tapi dlm diam2 Nurul kilk setuju terima tawaran kat website masa check. sebab? xtau sebab apa,saja je klik. 

Lepas beberapa hari tu, kkak sepupu tanya, ada dapat apa2 tawaran ke? dri ipta khususnya. Nurul jawab lah, dapat.. kat polikk.. course gini3... bla3 smua.. then kakak sepupu suggest supaya Nurul sambung je kat poli ngan course tu,lepas daftar nanti boleh change course. Alhamdulillah... rasa syukur sangat bila kakak sepupu cakap macam tu walaupun masa tu semangat Nurul dah start down dah.. 

Sepanjang masa daftar tu, Nurul wat muka selamba badak je. wat muke "like I care". tapi dalam hati happy sangat2.. dapat study lagi. hihi

Tapi, plan untuk change course tu Nurul cancel sebab Nurul dah jatuh cinta kat course nih. walaupun mencabar, walaupun dihentam ngan esaimen yang berlambak, tapi Nurul happy. :)

Dan.... banyak sangat kenangan manis yang Nurul kumpul sepanjang study kat sini. Pengalaman manis,pahit,masam, dan kelat jadi memori yang x boleh Nurul lupakan bila2.. Dapat jumpa kengkawan ohsem, senior2 ohsem, encik comel, abang bebel, kakak sweet..


Siyes,rindu kat diorang :')

Moralnya kat sini, mungkin benda yang kita x suka tu boleh jadi benda yang kita sangat suka nt.. Seungguhnya, perancangan Allah tu sememangnya yang terbaik. Allah dah takdirkan Nurul untuk study kat poli, ngan course yang Nurul x minat, tapi akhirnya banyak perkara manis yang Nurul alami. :)

Heheheh... Maybe post Nurul kali ni x bergambar, ngan bnyak sgt baku2... Tapi.. Mohon ambil iktibar dari apa yang Nurul alami k :)


Oh ya!!! Dah kenapa tajuk x selari ngan cerita Nurul ni? hoh. Ni kes xde idea nak bagi tajuk apa sebenaqnya :)

Apa2 pun, In Shaa Allah, nanti Nurul akan cerita lebih lagi d post yang akan datang. Ngan gambaq sekali naa. ^_^

Terima kasih sebab sudi baca :D



 

Rabu, 7 Ogos 2013

Sambung Study:Start! + Ramadhan Di Politeknik

Assalamualaikum

Rindu kat Nurul x? Rindu x? X? Lepuk kang kalau x rindu. 

Dh kenapa,nk jgak -.-'

Dah lama sgt Nurul x update belog. Kiranya lebih kurang sebulan.. Ek,no! Dua bulan. Ok,dua bulan wa cakap sama lu. Hoi lama tuh!

Nak buat mcm mana,bulan2 lepas xde citer best nak kongsi,mahupun sebarang ilham nan syahdu untuk ditaip kat blog. Dalam hati nak sangat kemaskini belog,tapi kalau Nurul mnaip sekadar untuk mengada-ngada menggedik menggoda(dh start dh merepek), adalah menjadi adalah menjadi aktiviti kegemaran pembaca belog Nurulnatasyah.blogspot.com untuk melepuk laju2 Nurul yang comel ni. Ok. Ngada2 lagi :')

 Ni nak bagitau ni,dah x sabor sangat dh ni nak khabaq bahawasanya Nurul dah berjaya melanjutkan pelajaran kat Politeknik Kota Kinabalu!!!! Tu yg sibuk sangat sampai xde masa nak hapdet belog yg dah berhabuk bekepuk2 ni. hihi

Kat Poli KK ni,Nurul sambung dalam bidang pengurusan hotel dan katering. hihi. apa? apsal dulu cakap nak sambung dalam bidang akaun atau bahasa inggeris tapi sekarang sambung kat pngurusan hotel??

Rilek teman2... (tarik nafas dalam2)

Nanti je lh Nurul citer xD (Tolonglah,lempang bdak sorang ni laju2!)

Bukannya apa,kalau Nurul nak citer sekarang sampai minggu depan pon x habis lg. banyak sangat Nurul nak citer memandangkan banyak sangat benda yang Nurul lalui sepanjang bergelar pelajar IPT ni. Banyak sangat tau! Banyak lh sangat -.-'

Yang pasti,Nurul nak citer macam mana rasanya hidup sebagai seorang pelajar ni. Siyes best wa cakap. Masa pendaftaran tu hati dahku dah berbunga2 cinta yang di hati bila tengok bebudak poli jalan sana sini sinu sono sekitar Politeknik tu. Siap lambai2 diorang mcm dah bertahun kenal.ngan gaya model ratu cntik gitu. Ngada sangat gara2 dah tak terkawal rasa eksaited dalam hati. :')
Gambar rembat google. Lawa bangunan poli kk ni kan? Tambah2 ada plajar junior comel bernama Nurul Natasyah kat situ. Ok. X kenal ke? xpe -.-'
First day kat Poli,siyes nervous. Eya lh, dah Nurul daftar masuk pon lewat memandangkan Nurul pelajar rayuan. Then x sempat tau join Minggu Suai Kenal so banyak lagi yang buat Nurul bingung sepanjang kat Poli. Tapi yang bestnya bila baru hari pertama Nurul masuk kat kelas, pelajar2 kat kelas Nurul dan kelas yang lain tapi 1 course,siyes mesra alam kemain. Sangat2 peramah. Dan happening sangat! Hihi. So memandangkan Nurul pon agak peramah so senang sikit Nurul nak fit in dalam kelas. Hihi.

Beberapa hari lepas tu, Poli ada menganjurkan Kem Bestari Solat tau kat Pusat Islam berdekatan dengan Kamsis(kampus kediaman aka asrama). Rasa best masa join kem tu memang best tahap gaban. banyak info pasal solat yang kadang2 kita terlepas pandang,di praktikkan kembali. Lepas tu aktiviti2 yang dianjurkan pon best. Abang2 dan kakak2 fasi pon mesra jer. Hensem2 dan comel2 plak tuh. hihi :D


Perkarangan depan Pusat Islam. Tenang dan damai je tgk :')

Then beberapa hari lepas tu Jabatan Hospitaliti plak mengadakan kursus bahasa isyarat. Hah,ni lagi satu benda ohsem yang Nurul eksaited sangat nak citer. Masa kursus tu lh Nurul belajar macam mana nak berkomunikasi dengan insan2 istimewa. Abang dan kakak fasi yang ajar Nurul and classmate yang lain pon insan istimewa jgak.
Ni lh antara kakak2 fasilitator masa kursus bahasa isyarat. comel2 smua. :)

X lama lepas Nurul sambung kat Poli, bulan Ramadhan pon sampai.. Kali ni baru Nurul rasa betapa syahdu nan sedihnya berpuasa di perantauan tanpa keluarga disisi. (walaupun KK dan Keningau jauhnya cuma 2 jam perjalanan. Guna kete je sampai dah. -.-'). Siyes, masa on the way balik dari kelas kat Telipok,lalu kat gerai and terhidu pak gerai masak, teringat kat mummy dan daddy. mummy masak ape untuk buka puasa nt. Rindunya kat mummy. Tatkala makan kari kat kafe d Poli, teringat ngan kari masakan daddy. rindu tau. siap rasa nak nangis2 ngan hingus cecah lantai masa tu :')

Masa berpuasa kat Politeknik, yang best tu masa g terawih. Best wa cakap,cuma Nurul x g terawih full lantaran sibuk menyiapkan esaimen yang berlambak lambok lambuk. Minggu2 sebelum cuti raya memang padat ngan esaimen,kuiz dan presentation. Rasa nak nangis tau nak wat semua benda. nasib baik kerja grouping,kalau individu,rasanya dah peluk2 roommate sambil nangis2. hakhakhak :')

Apa2 pon,pengalaman hidup sebagai seorang pelajar ipt dan tinggal jauh dari family ni benar2 mematangkan Nurul. Tambah2 dapat kawan sekelas karib yang kuat membebel tapi banyak ajar Nurul untuk berdikari. hihi. Buat masa ni Nurul ambil masa untuk lonjakkan diri Nurul dan cuba untuk berjaya dalam bidang yang Nurul ceburi sekarang. Meskipun bidang ni,Nurul x terfikir pon akan terlibat,tapi tu semua ketentuan Allah kan. Ada hikmah di sebaliknya. Alhamdulillah, Nurul dah jatuh hati ngan bidang ni dan Nurul bahagia :D.

Haaaaaaaaa......

(menyapu2 bahu tanpa motif)

Untuk entri akan datang, Nurul nak citer pasal senior2,roommate,classmate dan raya! Hihi. Tunggu tau. Janji tunggu. Janji? Janji k? Ok. Gedik. Tak. Ketahuan. Hala. -.-'

Nurul n Classmate :D
Terima kasih daun keladi sebab sudi baca :D

Ahad, 9 Jun 2013

Student Dan Blogger Berjaya?

Assalamualaikum :)

Balik-balik tengok tajuk kat atas tu. Ok ke? X over ke? Malu lh plak. Rasa mcm nk lepuk diri sendiri. ai segan plak ni. hihi. Ok. Gedik x ketahuan hala  :P

Rasa bersalah plak letak tajuk entri hebak kemain padahal Nurul ni tak lh ohsem sgt seohsem tajuk di atas. Namun apakan daya,dah isi yang Nurul nak taip ni memang selari,senada,seiring dan sejalan ngan tajuk tu. Cis,diva plak statement ni -.-'

 Nurul sebenarnya dah lama wat blog ni. sejak form 3 lagi cuma Nurul x aktif menulis. Kalau Nurul tulis belog pun,asyik2 pasal keje sekolah. asyik2 pasal cerita cinta monyet Nurul[monyet hensem tau xD]. Bila dah dewasa dan matang sikit ni,Nurul start lh try2 blogwalking. Ye lh,sbb dulu kalau Nurul log in belog,keje Nurul asyik2 tulis belog ngan ayat kemain baku,lepas tu g menepek mka kat belog kwn Nurul. Dah url belog dia je yg Nurul follow,nk wat mcm mana. Follower Nurul pun sorang je. -.-'

Sekarang,bila Nurul dah pandai dah blogwalking,barulh mata Nurul trbkak luas. Ambik kau,Nurul! Slama ni asyik tulis belog lepas tu baca sendiri. Hias belog pn x brapa nk reti. Bila nampak blog2 orang lain yang banyak hiasan comel ngan header yang ohsem,baru lh trbkak luas mata ni hah. Ingatkan retis2 je yg boleh wat belog mcm tu,rupanya smua org pun boleh plak ye. :')

First blog yang wat Nurul pn excited sama nak hias blog comel2 mcm tu ialah blog Anis Ainie. Blog dia,siyes lawa kemain. Suka Nurul tengok. dia ada jgak bagi tutorial best2,info2 yang dia kongsi tu Nurul guna lh utk bagi lawa blog Nurul ni,selawa Neelopah dan Erra Pajero. Ye tak? Lpas tu hedong pn kembang semangkuk,terharu sendiri. ngada2 sgt ai ni :')

Lepas tu,Nurul jumpa blog Yuyu Zulaikha. Beliau comel tauu.. Dan setiap entri yang dia tulis,mesti ada saja statement yang wat Nurul ketawa hantuk2 kepala kat dinding. hakhak. Dari situ,Nurul belajar cara2 nak tulis blog supaya menarik perhatian pembaca blog. hihi ^_^

Start dari slalu baca blog Kak Yuyu yang ohsem tu,Nurul pn start lh tanamkan azam dan tekad di dada untuk aktif menulis blog n bkn skadar merepek2 je. Lepas tu,Nurul berazam jgak nak jadi student yang berjaya,bkn asyik2 menepek mka depan blog je. Asyik.. asyik.. asyikkkkkk......... [silakan lempang kalau dah meluat sgt]

Lepas tu nak jadi mcm artis,lpas tu nak travel serata malaysia and tepek kat blog mcm lh byk duit sgt,lepas tu nak jumpa ngan Fizo Omar,tak pun Kamal Adli,lepas tu nak g meminang Afiq Muiz,lpas tuuu...

Abaikan statement mengada2 di atas amaran ni -.-'

Sape xnak berjaya ngan pelajaran kan. hihi. Selain berjaya dalam study,nak jgak brjaya dlm pnulisan blog. Nurul pn nak. Tapi yang paling penting,usaha,doa dan tawakkal. In Shaa Allah :)

Doakan Nurul berjaya dalam study n penulisan blog k :D

Terima kasih sebab sudi baca ♥ 

Sempat lg share gambar. bajet diva sangat . hakhak. diva lh sgt :')

"SEGMEN 3 OWESOME PARODY FROM BLOGGERS"



Assalamualaikum :)

Nampak tak kegempakan di situ? nampak tak? hebat kan? hihi :)


Ade seorang blogger suggest Nurul join contest ni. hihi. menarik bunyinya. haa.. apa lg,nurul pn join lh rasanya. hihi. sayang2 Nurul nak join x? Eleh. tau. korang. jeles. hakhak. gurau je. klau nk join,klik SINI

Ok

Terima kasih sebab sudi baca :)

Target Bila Dah Sambung Study

Assalamualaikum  


Sejak turunnya bendera SPM 2012 tahun lalu dan sejak terbebasnya result SPM yang ditunggu tiga purnama selepas itu. Sempat jugak berjimba jimbu ngan family n rakan n perut menari-nari geli-geli sehari sebelum result keluar [syahdu sungguh bicara Nurul. cis -.-'],Nurul masih lagi memegang takhta penganggur terhormat dengan jayanya. sadis. Tskk! -.-'
Bendera SPM dh turun,Nurul pn x ketinggalan nak conteng2 baju. jarang2 tau dapat peluang mcm ni. :')
Sekolah tercinta :')


Smua posing macam segerombolan artis. hihi
Muka2 gembira barbaur rasa lapar tahap gaban. happy sbb smua dpt result yang lawa. hihihi
Ni bukan kerana Nurul x dapat tawaran dari mana2. Siyes,bkn mcm tu. Nurul dapat lamaran  tawaran kat KPTM kat Semporna nun,tapi jauh sangat wa cakap sama lu. Kalau buleh Nurul nak smbung kat UiTM KK. Lepas tu,Nurul memang dapat tawaran untuk smbung tingkatan enam. siyes,bunyinya best sgt,tapi parents Nurul x bagi. Dan bagi pendapat Nurul,lebih baik sambung diploma terus walaupun pada hakikatnya tingkatan enam pun kira diploma jugak. tapi ye lh,Nurul nak belajar berdikari. Sambung kat tempat yang x berapa nak jauh tapi tetap membolehkan Nurul untuk berdikari. Dah. Dah. serius sangat statement ni. ohhh... [buat2 tengah emotional sambil sembunyi bawah meja makan]

Nurul ade jugak dapat tawaran dari Kolej Komuniti Jasin. Tapi.......[tapi lagiiii] Jasin tu jauh sangat u know. huuu... -.-'

Sekarang Nurul tengah tunggu result rayuan Nurul untuk g kat Politeknik KK n UiTM KK tu kluar. harap2 dapat lah. Dah Nurul harap2 dapat masuk UiTM dulu tapi x dapat,UPSI pun x dpt. kenapa?  penat tau ai goda2 UiTM n UPSI tu. auta. 

So... Sementara masih memegang takhta yang dihormati yakni penganggur terhormat yang jelita lagi comel dan ohsem ni [sila sediakan plastik kalau x tahan rasa meluat],Nurul catat lah target2 Nurul bila dah sambung belajar nanti.  hihihi ^_^

Ni Target Nurul:

 Study selama 5 jam. Ok. Lima jam wa cakap sama lu. [3 jam untuk yang paling minima]
  1. Assignment yang diberi MESTI siapkan awal dan lengkap! jangan ngada2 nak layan Running Man mahupun cekelat oh sedapnya di peti sejuk kalau esaimen terlentang sepi x siap di atas meja.
  2. Belajar berdikari. Jangan terlalu alpa berjimba jimbu jambu jumbo ngan rakan taulan tau. kengkawan pon kalau boleh seorang dua tu cukup. bukan seratus dua. [perasan famous]
  3. Tidur kena cukup atau seimbang. Jangan tidur lewat. No good Nurul,no good. Ye lh,demi menjaga kejelitaan kulit dan ketajaman minda gituu.. ngada2 sangat statement ai ni.  jangan terlebih tidur plak
  4. Kena rajin tanya lecturer kalau ada apa2 yang x difahami. jangan ngada2 buat2 faham padahal kat kepala dah bingung sangat. mesti tanya. mesti tau. ingat tau! barulh lecturer sayang kat kite.hihi. 
  5. Kalau tinggal kat asrama,rajin2 lah basuh kain selang 3 hari cenggitu. siapa tau kat asrama xde washing mesin yang suka telan kain ngap ngap. jangan biarkan diri dibuli senior tau. walaupun Nurul ni junior yang kecik cinonet,tapi.. xbaik tau buli orang comel :')
  6. Solat kena FULL.  Jangan ponteng2. kena wat awal waktu tau. jangan ngada2 nak solat ikut masa kat Jepun plak. start target ini dari sekarang. Mesti!
  7. Call mak ngan ayah seminggu sekali. eya.. seminggu sekali tau. dah Nurul memang jarang guna phone,kredit tu boleh jimat untuk call parents. hihi
  8. Time rilek,boleh lh bagi hadiah untuk diri sendiri yang dah bertungkus lumus bergolek  berlari merangkak dan bersusah payah menimba ilmu ngan gelojohnya. [novel best,drama korea,running man,makanan sedap untuk perut nurul yang kiut,dan masker.. hihi ^_^]
  9. BOYFRIEND??? No,no,no,no,no! Sekarang bukan masa yang sesuai. Study first :)
  10. Cuti semester?? cari lah kerja part-time yang halal lagi menambahkan duit poket. :D
  11. Kena berjimat! Duit poket mesti digunakan untuk beli barang2 keperluan. [agaknya cekelat dan cekedis pon kira barangan keperluan jugak kan? untuk santapan perut kiut nurul. hii]
  12. Sederhanakan sikap pemalu. Malu kan sebahagian daripada iman :). Malu berpada-pada. jangan jadi xtau malu plak,ngada2 wat prangai muka tembok cina. xmau... xmau.. hihi
  13. BUANG SIKAP MALAS. kikis sepenuh hati sikap malas tu.
  14. Update belog seminggu sekali. boleh dua tiga kali klaa ada cerita best nak khabaq tapi janganlah sampai berkali-kali. study mcm mana? esaimen mcm mana? kena pandai bahagi masa tauu. dah namanya diva[start dahhh... ngada2 lg]

 Ok. Dah. Panjang. Berjela. Nurul. Taip. Rasanya korang yakni sayang2 Nurul smua pon dah rasa mcm tengah baca karangan Bahasa Malaysia SPM bertaraf A+ kot,ye tak? :')

Macam tu lh target Nurul bila dah sambung study. bagi target No.6 tu,In Shaa Allah,Nurul dah praktikkan dari sekarang. Ye lh,xkan bila dah sambung study baru nak start kot,ye tak? Solat kan penting,hari2 kena target macam tu. :)

Korang plak? Mesti ada target masing2 kan? Bila kita dah wat target,kita mesti berusaha nak capai target tu tau. jangan wat target je tapi x wat apa2 untuk mencapainya. kalau macam tu,kira macam target tu hangat2 taik ayam jiran sebelah lah wa cakap sama lu. pernah terpijak taik ayam fresh tak? haa mcm tu lh ngan target korang kalau usaha stakat melepaskan batuk di tangga ngan x senonohnya.

Apa2 pun,kesimpulannya kalau kita dah wat target,kena berusaha untuk capai target tersebut. Stakat target je nk wat pe kn. ye tak? ;)

Meh tengok gambar ni,sama2  tanamkan azam dan tekad kat dalam diri,bukan di kebun belakang rumah.
Curi dari google. :)



Terima kasih sebab sudi baca :)


Hak Cipta Terpelihara Milik Cik Nurul
Hak Cipta Terpelihara Milik Cik Nurul