Khamis, 7 November 2013

Oh Cuti Semester

Assalamualaikum

Rasanya dah agak lama Nurul x update belog nih. Ok. Bukan agak,tapi memang dah lama pon. huu. Agak2, ada yang rindu kat ai ke? cer jawab sket.

Perasan x ketahuan hala di perenggan awal -.-'

Bukannya Nurul dah malas nak updaye belog sebelum ni, tapi atas dasar desakan kesibukan mengurus rumah tangga... ok gurau je. Atas dasar desakan kesibukan menyiapkan esaimen+kuiz+test+ aktiviti kelab+takut tahap ketaq kepala lutut sebab final exam.. Lain2 sebab.. sebab penat sangat ngan susahnya nak mendapatkan jaringan internet kat tempat study walaupun pada hakikatnya wifi free kemain berlambak kat sana -.-'

Tapi org nak line internet laju, seronok sikit nak update belog :')

Bila balik cuti hujung minggu kat rmah kkak sepupu plak, asyik layan wechat.fb,ngan youtube. Belog dibiar sepi atas alasan rakde idea nak tulis apa. Bila mintak pendapat kat kawan,dia suggest Nurul sambung citer yang Nurul kata nak cerita masa kat post terakhir tu... Ingat lagi tak??? Ingat tak??

Sebenarnya Nurul sendiri pon x ingat -.-'

-silakan lepuk laju2-

Okey, lepas tengok balik post terakhir, baru Nurul Ingat. heheheh. Nurul nak cerita pasal kenapa Nurul sambung study dlm course yang Nurul sebenarnya x minat. Eya.  Course yang Nurul x sangka akan mnjd course sambung study Nuru. Serius, x sangka. Tapi percaya :)

Ceritanya begini..

Nurul dah tunggu lama offer dari IPTA untuk sambung kat course yang Nurul suke: akaun, bahasa inggeris, pentadbiran awam ataupun perbankan Islam. Tapi tunggu punye tunggu, asyik2 tawaran dari institut swasta je. Dapat tawaran ipta pon course peringkat sijil, pastu kat tempat yang kemian jauh.. Jd jawabnya Nurul tolaklh.. Bukan sebab memilih, tapi banyak alasan yang mendorong Nurul menolak tawaran tersebut. [kenapa tetiba baku sungguh perenggan ini? -.-']

Semakin lama tunggu, Nurul rasa tahap keyakinan diri Nurul semakin menurun.. Maybe x lah lama sgt, tapi bg bdak yang dah bersemangat berkobar2 nak sambung study, memang tahap kesedihan tu x boleh nak kata mcm mana. Masa tu Nurul nampak makin suka menyendiri, sampai satu tahap Nurul nangis depan mummy. Sebab kecewa sangat xdapat tawaran untuk course yang Nurul minat.

Sebelum part nangis tu, beberapa hari sebelum tu Nurul kena call dari Politeknik Kota Kinabalu. Katanya, Nurul dapat tawaran sambung study kat sana. Nurul tanya lh, dalam course apa ya? sebab seingat Nurul, Nurul apply course akauntansi, computer engineering (x minat sebenarnya) n pengurusan hotel(sama jgak, x mnat tp saja2 apply). Then bila dapat tau Nurul dapat tawaran untuk sambung dalam course pengurusan hotel, rasa kecewa itu ada, tapi happy lagi brsyukur sebab Nurul dapat tawaran. Walaupun Nurul kata kat parents, Nurul xnak sambung dlm course ni, tapi dlm diam2 Nurul kilk setuju terima tawaran kat website masa check. sebab? xtau sebab apa,saja je klik. 

Lepas beberapa hari tu, kkak sepupu tanya, ada dapat apa2 tawaran ke? dri ipta khususnya. Nurul jawab lah, dapat.. kat polikk.. course gini3... bla3 smua.. then kakak sepupu suggest supaya Nurul sambung je kat poli ngan course tu,lepas daftar nanti boleh change course. Alhamdulillah... rasa syukur sangat bila kakak sepupu cakap macam tu walaupun masa tu semangat Nurul dah start down dah.. 

Sepanjang masa daftar tu, Nurul wat muka selamba badak je. wat muke "like I care". tapi dalam hati happy sangat2.. dapat study lagi. hihi

Tapi, plan untuk change course tu Nurul cancel sebab Nurul dah jatuh cinta kat course nih. walaupun mencabar, walaupun dihentam ngan esaimen yang berlambak, tapi Nurul happy. :)

Dan.... banyak sangat kenangan manis yang Nurul kumpul sepanjang study kat sini. Pengalaman manis,pahit,masam, dan kelat jadi memori yang x boleh Nurul lupakan bila2.. Dapat jumpa kengkawan ohsem, senior2 ohsem, encik comel, abang bebel, kakak sweet..


Siyes,rindu kat diorang :')

Moralnya kat sini, mungkin benda yang kita x suka tu boleh jadi benda yang kita sangat suka nt.. Seungguhnya, perancangan Allah tu sememangnya yang terbaik. Allah dah takdirkan Nurul untuk study kat poli, ngan course yang Nurul x minat, tapi akhirnya banyak perkara manis yang Nurul alami. :)

Heheheh... Maybe post Nurul kali ni x bergambar, ngan bnyak sgt baku2... Tapi.. Mohon ambil iktibar dari apa yang Nurul alami k :)


Oh ya!!! Dah kenapa tajuk x selari ngan cerita Nurul ni? hoh. Ni kes xde idea nak bagi tajuk apa sebenaqnya :)

Apa2 pun, In Shaa Allah, nanti Nurul akan cerita lebih lagi d post yang akan datang. Ngan gambaq sekali naa. ^_^

Terima kasih sebab sudi baca :D



 

Rabu, 7 Ogos 2013

Sambung Study:Start! + Ramadhan Di Politeknik

Assalamualaikum

Rindu kat Nurul x? Rindu x? X? Lepuk kang kalau x rindu. 

Dh kenapa,nk jgak -.-'

Dah lama sgt Nurul x update belog. Kiranya lebih kurang sebulan.. Ek,no! Dua bulan. Ok,dua bulan wa cakap sama lu. Hoi lama tuh!

Nak buat mcm mana,bulan2 lepas xde citer best nak kongsi,mahupun sebarang ilham nan syahdu untuk ditaip kat blog. Dalam hati nak sangat kemaskini belog,tapi kalau Nurul mnaip sekadar untuk mengada-ngada menggedik menggoda(dh start dh merepek), adalah menjadi adalah menjadi aktiviti kegemaran pembaca belog Nurulnatasyah.blogspot.com untuk melepuk laju2 Nurul yang comel ni. Ok. Ngada2 lagi :')

 Ni nak bagitau ni,dah x sabor sangat dh ni nak khabaq bahawasanya Nurul dah berjaya melanjutkan pelajaran kat Politeknik Kota Kinabalu!!!! Tu yg sibuk sangat sampai xde masa nak hapdet belog yg dah berhabuk bekepuk2 ni. hihi

Kat Poli KK ni,Nurul sambung dalam bidang pengurusan hotel dan katering. hihi. apa? apsal dulu cakap nak sambung dalam bidang akaun atau bahasa inggeris tapi sekarang sambung kat pngurusan hotel??

Rilek teman2... (tarik nafas dalam2)

Nanti je lh Nurul citer xD (Tolonglah,lempang bdak sorang ni laju2!)

Bukannya apa,kalau Nurul nak citer sekarang sampai minggu depan pon x habis lg. banyak sangat Nurul nak citer memandangkan banyak sangat benda yang Nurul lalui sepanjang bergelar pelajar IPT ni. Banyak sangat tau! Banyak lh sangat -.-'

Yang pasti,Nurul nak citer macam mana rasanya hidup sebagai seorang pelajar ni. Siyes best wa cakap. Masa pendaftaran tu hati dahku dah berbunga2 cinta yang di hati bila tengok bebudak poli jalan sana sini sinu sono sekitar Politeknik tu. Siap lambai2 diorang mcm dah bertahun kenal.ngan gaya model ratu cntik gitu. Ngada sangat gara2 dah tak terkawal rasa eksaited dalam hati. :')
Gambar rembat google. Lawa bangunan poli kk ni kan? Tambah2 ada plajar junior comel bernama Nurul Natasyah kat situ. Ok. X kenal ke? xpe -.-'
First day kat Poli,siyes nervous. Eya lh, dah Nurul daftar masuk pon lewat memandangkan Nurul pelajar rayuan. Then x sempat tau join Minggu Suai Kenal so banyak lagi yang buat Nurul bingung sepanjang kat Poli. Tapi yang bestnya bila baru hari pertama Nurul masuk kat kelas, pelajar2 kat kelas Nurul dan kelas yang lain tapi 1 course,siyes mesra alam kemain. Sangat2 peramah. Dan happening sangat! Hihi. So memandangkan Nurul pon agak peramah so senang sikit Nurul nak fit in dalam kelas. Hihi.

Beberapa hari lepas tu, Poli ada menganjurkan Kem Bestari Solat tau kat Pusat Islam berdekatan dengan Kamsis(kampus kediaman aka asrama). Rasa best masa join kem tu memang best tahap gaban. banyak info pasal solat yang kadang2 kita terlepas pandang,di praktikkan kembali. Lepas tu aktiviti2 yang dianjurkan pon best. Abang2 dan kakak2 fasi pon mesra jer. Hensem2 dan comel2 plak tuh. hihi :D


Perkarangan depan Pusat Islam. Tenang dan damai je tgk :')

Then beberapa hari lepas tu Jabatan Hospitaliti plak mengadakan kursus bahasa isyarat. Hah,ni lagi satu benda ohsem yang Nurul eksaited sangat nak citer. Masa kursus tu lh Nurul belajar macam mana nak berkomunikasi dengan insan2 istimewa. Abang dan kakak fasi yang ajar Nurul and classmate yang lain pon insan istimewa jgak.
Ni lh antara kakak2 fasilitator masa kursus bahasa isyarat. comel2 smua. :)

X lama lepas Nurul sambung kat Poli, bulan Ramadhan pon sampai.. Kali ni baru Nurul rasa betapa syahdu nan sedihnya berpuasa di perantauan tanpa keluarga disisi. (walaupun KK dan Keningau jauhnya cuma 2 jam perjalanan. Guna kete je sampai dah. -.-'). Siyes, masa on the way balik dari kelas kat Telipok,lalu kat gerai and terhidu pak gerai masak, teringat kat mummy dan daddy. mummy masak ape untuk buka puasa nt. Rindunya kat mummy. Tatkala makan kari kat kafe d Poli, teringat ngan kari masakan daddy. rindu tau. siap rasa nak nangis2 ngan hingus cecah lantai masa tu :')

Masa berpuasa kat Politeknik, yang best tu masa g terawih. Best wa cakap,cuma Nurul x g terawih full lantaran sibuk menyiapkan esaimen yang berlambak lambok lambuk. Minggu2 sebelum cuti raya memang padat ngan esaimen,kuiz dan presentation. Rasa nak nangis tau nak wat semua benda. nasib baik kerja grouping,kalau individu,rasanya dah peluk2 roommate sambil nangis2. hakhakhak :')

Apa2 pon,pengalaman hidup sebagai seorang pelajar ipt dan tinggal jauh dari family ni benar2 mematangkan Nurul. Tambah2 dapat kawan sekelas karib yang kuat membebel tapi banyak ajar Nurul untuk berdikari. hihi. Buat masa ni Nurul ambil masa untuk lonjakkan diri Nurul dan cuba untuk berjaya dalam bidang yang Nurul ceburi sekarang. Meskipun bidang ni,Nurul x terfikir pon akan terlibat,tapi tu semua ketentuan Allah kan. Ada hikmah di sebaliknya. Alhamdulillah, Nurul dah jatuh hati ngan bidang ni dan Nurul bahagia :D.

Haaaaaaaaa......

(menyapu2 bahu tanpa motif)

Untuk entri akan datang, Nurul nak citer pasal senior2,roommate,classmate dan raya! Hihi. Tunggu tau. Janji tunggu. Janji? Janji k? Ok. Gedik. Tak. Ketahuan. Hala. -.-'

Nurul n Classmate :D
Terima kasih daun keladi sebab sudi baca :D

Ahad, 9 Jun 2013

Student Dan Blogger Berjaya?

Assalamualaikum :)

Balik-balik tengok tajuk kat atas tu. Ok ke? X over ke? Malu lh plak. Rasa mcm nk lepuk diri sendiri. ai segan plak ni. hihi. Ok. Gedik x ketahuan hala  :P

Rasa bersalah plak letak tajuk entri hebak kemain padahal Nurul ni tak lh ohsem sgt seohsem tajuk di atas. Namun apakan daya,dah isi yang Nurul nak taip ni memang selari,senada,seiring dan sejalan ngan tajuk tu. Cis,diva plak statement ni -.-'

 Nurul sebenarnya dah lama wat blog ni. sejak form 3 lagi cuma Nurul x aktif menulis. Kalau Nurul tulis belog pun,asyik2 pasal keje sekolah. asyik2 pasal cerita cinta monyet Nurul[monyet hensem tau xD]. Bila dah dewasa dan matang sikit ni,Nurul start lh try2 blogwalking. Ye lh,sbb dulu kalau Nurul log in belog,keje Nurul asyik2 tulis belog ngan ayat kemain baku,lepas tu g menepek mka kat belog kwn Nurul. Dah url belog dia je yg Nurul follow,nk wat mcm mana. Follower Nurul pun sorang je. -.-'

Sekarang,bila Nurul dah pandai dah blogwalking,barulh mata Nurul trbkak luas. Ambik kau,Nurul! Slama ni asyik tulis belog lepas tu baca sendiri. Hias belog pn x brapa nk reti. Bila nampak blog2 orang lain yang banyak hiasan comel ngan header yang ohsem,baru lh trbkak luas mata ni hah. Ingatkan retis2 je yg boleh wat belog mcm tu,rupanya smua org pun boleh plak ye. :')

First blog yang wat Nurul pn excited sama nak hias blog comel2 mcm tu ialah blog Anis Ainie. Blog dia,siyes lawa kemain. Suka Nurul tengok. dia ada jgak bagi tutorial best2,info2 yang dia kongsi tu Nurul guna lh utk bagi lawa blog Nurul ni,selawa Neelopah dan Erra Pajero. Ye tak? Lpas tu hedong pn kembang semangkuk,terharu sendiri. ngada2 sgt ai ni :')

Lepas tu,Nurul jumpa blog Yuyu Zulaikha. Beliau comel tauu.. Dan setiap entri yang dia tulis,mesti ada saja statement yang wat Nurul ketawa hantuk2 kepala kat dinding. hakhak. Dari situ,Nurul belajar cara2 nak tulis blog supaya menarik perhatian pembaca blog. hihi ^_^

Start dari slalu baca blog Kak Yuyu yang ohsem tu,Nurul pn start lh tanamkan azam dan tekad di dada untuk aktif menulis blog n bkn skadar merepek2 je. Lepas tu,Nurul berazam jgak nak jadi student yang berjaya,bkn asyik2 menepek mka depan blog je. Asyik.. asyik.. asyikkkkkk......... [silakan lempang kalau dah meluat sgt]

Lepas tu nak jadi mcm artis,lpas tu nak travel serata malaysia and tepek kat blog mcm lh byk duit sgt,lepas tu nak jumpa ngan Fizo Omar,tak pun Kamal Adli,lepas tu nak g meminang Afiq Muiz,lpas tuuu...

Abaikan statement mengada2 di atas amaran ni -.-'

Sape xnak berjaya ngan pelajaran kan. hihi. Selain berjaya dalam study,nak jgak brjaya dlm pnulisan blog. Nurul pn nak. Tapi yang paling penting,usaha,doa dan tawakkal. In Shaa Allah :)

Doakan Nurul berjaya dalam study n penulisan blog k :D

Terima kasih sebab sudi baca ♥ 

Sempat lg share gambar. bajet diva sangat . hakhak. diva lh sgt :')

"SEGMEN 3 OWESOME PARODY FROM BLOGGERS"



Assalamualaikum :)

Nampak tak kegempakan di situ? nampak tak? hebat kan? hihi :)


Ade seorang blogger suggest Nurul join contest ni. hihi. menarik bunyinya. haa.. apa lg,nurul pn join lh rasanya. hihi. sayang2 Nurul nak join x? Eleh. tau. korang. jeles. hakhak. gurau je. klau nk join,klik SINI

Ok

Terima kasih sebab sudi baca :)

Target Bila Dah Sambung Study

Assalamualaikum  


Sejak turunnya bendera SPM 2012 tahun lalu dan sejak terbebasnya result SPM yang ditunggu tiga purnama selepas itu. Sempat jugak berjimba jimbu ngan family n rakan n perut menari-nari geli-geli sehari sebelum result keluar [syahdu sungguh bicara Nurul. cis -.-'],Nurul masih lagi memegang takhta penganggur terhormat dengan jayanya. sadis. Tskk! -.-'
Bendera SPM dh turun,Nurul pn x ketinggalan nak conteng2 baju. jarang2 tau dapat peluang mcm ni. :')
Sekolah tercinta :')


Smua posing macam segerombolan artis. hihi
Muka2 gembira barbaur rasa lapar tahap gaban. happy sbb smua dpt result yang lawa. hihihi
Ni bukan kerana Nurul x dapat tawaran dari mana2. Siyes,bkn mcm tu. Nurul dapat lamaran  tawaran kat KPTM kat Semporna nun,tapi jauh sangat wa cakap sama lu. Kalau buleh Nurul nak smbung kat UiTM KK. Lepas tu,Nurul memang dapat tawaran untuk smbung tingkatan enam. siyes,bunyinya best sgt,tapi parents Nurul x bagi. Dan bagi pendapat Nurul,lebih baik sambung diploma terus walaupun pada hakikatnya tingkatan enam pun kira diploma jugak. tapi ye lh,Nurul nak belajar berdikari. Sambung kat tempat yang x berapa nak jauh tapi tetap membolehkan Nurul untuk berdikari. Dah. Dah. serius sangat statement ni. ohhh... [buat2 tengah emotional sambil sembunyi bawah meja makan]

Nurul ade jugak dapat tawaran dari Kolej Komuniti Jasin. Tapi.......[tapi lagiiii] Jasin tu jauh sangat u know. huuu... -.-'

Sekarang Nurul tengah tunggu result rayuan Nurul untuk g kat Politeknik KK n UiTM KK tu kluar. harap2 dapat lah. Dah Nurul harap2 dapat masuk UiTM dulu tapi x dapat,UPSI pun x dpt. kenapa?  penat tau ai goda2 UiTM n UPSI tu. auta. 

So... Sementara masih memegang takhta yang dihormati yakni penganggur terhormat yang jelita lagi comel dan ohsem ni [sila sediakan plastik kalau x tahan rasa meluat],Nurul catat lah target2 Nurul bila dah sambung belajar nanti.  hihihi ^_^

Ni Target Nurul:

 Study selama 5 jam. Ok. Lima jam wa cakap sama lu. [3 jam untuk yang paling minima]
  1. Assignment yang diberi MESTI siapkan awal dan lengkap! jangan ngada2 nak layan Running Man mahupun cekelat oh sedapnya di peti sejuk kalau esaimen terlentang sepi x siap di atas meja.
  2. Belajar berdikari. Jangan terlalu alpa berjimba jimbu jambu jumbo ngan rakan taulan tau. kengkawan pon kalau boleh seorang dua tu cukup. bukan seratus dua. [perasan famous]
  3. Tidur kena cukup atau seimbang. Jangan tidur lewat. No good Nurul,no good. Ye lh,demi menjaga kejelitaan kulit dan ketajaman minda gituu.. ngada2 sangat statement ai ni.  jangan terlebih tidur plak
  4. Kena rajin tanya lecturer kalau ada apa2 yang x difahami. jangan ngada2 buat2 faham padahal kat kepala dah bingung sangat. mesti tanya. mesti tau. ingat tau! barulh lecturer sayang kat kite.hihi. 
  5. Kalau tinggal kat asrama,rajin2 lah basuh kain selang 3 hari cenggitu. siapa tau kat asrama xde washing mesin yang suka telan kain ngap ngap. jangan biarkan diri dibuli senior tau. walaupun Nurul ni junior yang kecik cinonet,tapi.. xbaik tau buli orang comel :')
  6. Solat kena FULL.  Jangan ponteng2. kena wat awal waktu tau. jangan ngada2 nak solat ikut masa kat Jepun plak. start target ini dari sekarang. Mesti!
  7. Call mak ngan ayah seminggu sekali. eya.. seminggu sekali tau. dah Nurul memang jarang guna phone,kredit tu boleh jimat untuk call parents. hihi
  8. Time rilek,boleh lh bagi hadiah untuk diri sendiri yang dah bertungkus lumus bergolek  berlari merangkak dan bersusah payah menimba ilmu ngan gelojohnya. [novel best,drama korea,running man,makanan sedap untuk perut nurul yang kiut,dan masker.. hihi ^_^]
  9. BOYFRIEND??? No,no,no,no,no! Sekarang bukan masa yang sesuai. Study first :)
  10. Cuti semester?? cari lah kerja part-time yang halal lagi menambahkan duit poket. :D
  11. Kena berjimat! Duit poket mesti digunakan untuk beli barang2 keperluan. [agaknya cekelat dan cekedis pon kira barangan keperluan jugak kan? untuk santapan perut kiut nurul. hii]
  12. Sederhanakan sikap pemalu. Malu kan sebahagian daripada iman :). Malu berpada-pada. jangan jadi xtau malu plak,ngada2 wat prangai muka tembok cina. xmau... xmau.. hihi
  13. BUANG SIKAP MALAS. kikis sepenuh hati sikap malas tu.
  14. Update belog seminggu sekali. boleh dua tiga kali klaa ada cerita best nak khabaq tapi janganlah sampai berkali-kali. study mcm mana? esaimen mcm mana? kena pandai bahagi masa tauu. dah namanya diva[start dahhh... ngada2 lg]

 Ok. Dah. Panjang. Berjela. Nurul. Taip. Rasanya korang yakni sayang2 Nurul smua pon dah rasa mcm tengah baca karangan Bahasa Malaysia SPM bertaraf A+ kot,ye tak? :')

Macam tu lh target Nurul bila dah sambung study. bagi target No.6 tu,In Shaa Allah,Nurul dah praktikkan dari sekarang. Ye lh,xkan bila dah sambung study baru nak start kot,ye tak? Solat kan penting,hari2 kena target macam tu. :)

Korang plak? Mesti ada target masing2 kan? Bila kita dah wat target,kita mesti berusaha nak capai target tu tau. jangan wat target je tapi x wat apa2 untuk mencapainya. kalau macam tu,kira macam target tu hangat2 taik ayam jiran sebelah lah wa cakap sama lu. pernah terpijak taik ayam fresh tak? haa mcm tu lh ngan target korang kalau usaha stakat melepaskan batuk di tangga ngan x senonohnya.

Apa2 pun,kesimpulannya kalau kita dah wat target,kena berusaha untuk capai target tersebut. Stakat target je nk wat pe kn. ye tak? ;)

Meh tengok gambar ni,sama2  tanamkan azam dan tekad kat dalam diri,bukan di kebun belakang rumah.
Curi dari google. :)



Terima kasih sebab sudi baca :)


Sabtu, 8 Jun 2013

Kengkawanku yang ohsem

Assalamualaikum

bom.. bom.. chak! bom... bom.... chak!

ok. x kiut. tau. xpe. -.-'

Meh Nurul kenalkan korang ngak kengkawan Nurul yang ohsem nih. Hmm.. Ni kira untuk menghargai persahabatan kitorang yang dah lama terjalin sejak beribu tahun dahulu.. [ayat kemain lg. cis!]. hihi


Ni lh Marfiqca. Beliau comel. suka sgt tangkap gmbr ai tauuu.. mencik! ok. ngada2. hihi
Ni Nurul Ashiqin. Comey tak kak ton?? hakhak! gurau je.. comel kan dia? hihi
Ni Roziana. dia pakar dalam make-up tau. pakar wat orang gelak jugak :)
Ni Nurhidayah.. paling muda dlm geng kitorang. hihi. tapi lagi tinggi dari Nurul.  tskk! -.-'
Gambar paling atas tu nama dia Marfiqca Marzuki. Panggilan manja beliau: Fiqca n Pikuk.. Pikuk? ok,tu gurau je. hihi.

 Dia paling matang tau dlm geng. Tapi tetap berjiwa kental dalam membuat orang ketawa hentak-hentak kaki. macam geng beliau yakni geng kitorang lh. haha. Dia suka warna hijau tau. sejak sekolah rendah lagi,Nurul tau dia suka warna ni. 

Gambar kedua tu nama dia Nurul Ashiqin. Nama manja beliau: Kak Ton. hakhak! gurau je k. Nama manja dia: Fifi,pp,syikin.. Nama Glamour: Ash. Glamour gituu.. [auta. haha]

Fifi ni perangai dia agak kasar sikit [tapi dalam hati ada taman. gituu. hihi]. Dia seorang yang agak tegas,tapi dalam masa yang sama tetap sekepala ngan kitorang yakni suka wat kecoh. Dalam geng,dia lah yang paling kecoh dalam bab jerit menjerit. Begitu jugak dalam bab melawak. Disebalik sikap kasar beliau,fifi ni kan sensitif orangnya. Pantang tengok kawan dia nangis,dia pon ikut nangis jugak. Dah tu x reti2 nak brhenti kalau nangis. Rasanya kalau Shah Rukh Khan tgk dia nangis,mungkin beliau pon nak nangis sama kot. O.O

Gambar ketiga... Nama dia Roziana Ruslin.. Ops! No.. no.. no... dia bukanlh sepupu mahupun sepapat ngan Ziana Zain. hihi. Nama manja dia: bibi. Nama Glamour: Rozita Che Wan. hakhak. ok. kidding ^_^

Bibi ni agak ceria orangnya. Kalau dia tengah bad mood,dia lebih suka termenung jauh atau lebih banyak diam. Tapi kalau dia tengah dalam mood biasa,setiap kali lepak ngan dia pasti rasa luar biasa. hihi. sebabnya? Sebab bibi ni suka wat lawak sangat. Adalah menjadi aktiviti kegemaran beliau untuk mengusik kengakawan sampai gelak hentak2 kaki. :D

Gambar yang keempat tu.. Nama dia Nurhidayah Purwasari. Dia paling muda dalam geng[walaupun kitorang  semua sebaya. hihi. tu n muda tu dikira mengikut bulan kitorang lahir :)]. Nama manja dia: Ira. Nama Glamour: Nur Fathia [nama pelakon. gituu. haha. kidding]

Dia ni agak ceria jugak. tapi dia agak ayu dari segi gaya tapi kasar dari segi cara layan orang. kasar2 comel gituu.. Ira ni jugak kalau kita berbual ngan dia,mesti x boring. ada je topik2 utk dibualkan. tapi bukan menganyam ketupat yakni mengumpat tauu... tapi... jaga.. x bolah wat dia marah tau. susah nak pujuk. hihi.

Gitulh kisah tentang sahabat2 karib Nurul. Kitorang selalu lepak sama2,buka puasa sama2,kadang2 menginap kat rumah diorang ramai2. best tauu.. Nurul harap persahabatan kitorang tetap utuh n kekal hingga akhir hayat. Aamiin...

Terima kasih sebab sudi baca ;)


Jumaat, 7 Jun 2013

Mari Tambah Kenalan Blogger By Mr.K

segmen, tambah followers blog, tambah PV blog, blogger baru, blogger otai
Tgk banner ni. lawa kn? hensem sngguh putera2 tuh. hihi

Sbnrnya Nurul tgh join segmen ni atas sebab2 nan kukuh lagi jitu macam batu bata depan rumah pak ngah. (dh trlebih sgt hiperbola yg dtaip -.-'),yakni utk mnambahkan kenalan blogger di samping dpt jgak tambah follower. hihi. 

Follower Nurul Sekarang: 12 orang

Diharapkan lepas ni dpt jgaklh nurul tmbh follower yer.. hihi ^_^

Terima kasih sbb sudi baca :D

Pembaca Belog Tahap Xtau Nk Kata Apa Dh

Assalamualaikum...

X jawab dosa,jawab sayang. hihi ^_^

Semenjak selalu sgt baca belog ni,dgn ini Nurul mencopkan diri sendiri sbg seorang pambaca belog yg xtau tahap mana dh. Nk kata tahap gaban tu,x lh jgak. Tp nk cop jgak! Nk jgak! (dh knapa dh bdak sorang ni. -.-')

Ok. The reason why Nurul (dh xnk gelar Cik dh. Nurul je bleh kan? hihi) suka baca belog org sbb...

First! Nurul dapat info baru... Biasalh.. Nurul dh suka sgt tgk shawl baru.. tudung baru.. baju baru... produk halal baru... Soooooooo.... sbb tu lh Nurul suke baca belog. Mcm: belog Yuyu Zulaikha.<--- bagi="" dia.="" enal="" gambar="" klik="" meh="" nbsp="" nurul="" p="" sini.="" sini="" tgk="" x="">
Ni lh Yuyu Zulaikha. Beliau Kecik,comel n lawak. hihi ^_^
Second! Nurul bleh tgk kisah2 hidup org lain yg indah,yang sedih,yang happy,yang excited,kira best lh n sambil2 tu mabil pengajaran dari apa yg diorg smua cerita. mak aih,dh mcm baca novel plak dh. :')

Third!!! (dh mcm nk mrh org plak dh. wkwkwk!) Nurul suka sebab ada ada bloggers yg kongsikan ilmu yg brfaedah n baik utk Nurul simpan kat minda. Seperti yang sayang2 Cik Nurul sedia maklum,Nurul ni tamak haloba dlm menyedut ilmu selori dua.Ilmu yg brmanfaat tau. Hihi. Tp x brmaksud Nurul kedekut ilmu. sama2 lh kita kongsi2 ilmu tu. hihi ^_^

(sambil garu2 kutu.. ok. x senonoh. gurau je. hihi.) Ok,stakat ni tu je lh yg mampu Nurul nak share. dh khabisan idea dh nk tulis apa. hihi. Apa2 pun,nanti Nurul update belog lg k.

Terima kasih sbb sudi baca :D

Selasa, 19 Mac 2013

Nurul,1 Borneo,dan Gas Helium???

Asssalamualaikum sayang2 cik sekalian :D


Hari ni banyak mende kite nk share kat korang tau. Excited tak?? {jawablah eya bagi mnyedapkan ati cik yg berbunga2 nih xP}


kelmarin kakak sepupu cik dari Penang datang. kira best jgaklah dia dtg sbb ada teman cik nak borak2 selain dari borak ngan pmbantu rumah. heheheh. anak2 dia yg comel n ohsem tu pulak boleh main2 ngan cik.,ye tak??

so hari ni,kakak sepupu cik yakni kakak jedah n suami dia bawak cik n anak2 doirang g 1 borneo. sampai je kat 1 borneo tu,kakak sepupu cik hulurlah sehelai not rm20 utk cik beli2 apa2 yg cik nak. hee.. ni yg wat cik happy semacam ni,ape taknye,kene belanja. hikhikhik. so dgn duit tu cik belilah sebatang eyeliner memandangkan adk dh kehabisan eyeliner. haa...

-halau lipas yg tetiba muncul mengganggu-

lepaih tu,kakak cik bawak g secret recipe plak. ni lh peluang keemasan utk cik mlantak kek n minum hot chocolate! thanks kakak jedah! :D cik orderlh chocolate cheesecake.. lazatnya toksah nk ckp lh,mmg sehingga menjilat pinggan! {ketara sgt cik ni gelojoh pulak yeee. hakhakhak}.

lepas tu,kitorang ronda2 d segenap ruang yang ada kat 1 borneo tuh. dah lah besar gedabak mall tuh,kalau org yg ade penyakit semput ikut kitorang,dh lama pengsan.. tapi kaki cik nih,kira dah biasa jalan2 kot{mula dh nk perasan cik nih}.. ape cik kisah.. hakhakhak

sesampai kitorang kat 1 tempat permainan budak2 nih,mata cik tetiba bercahaya melihat 1 benda yg cik nak sgt nk beli: belon terapung!!!! {lompat mcm cik semua,eksaited tahap gaban nih! xP}

bukan apa,cik bkn nak sgt main belon tuh.. cik nak makan belon tuh. dah lama ngidam nak makan belon terapung.. ok. kidding. hakhakhak {buuuuu cik nurul buuuuu}

cik nak sedut gas kat dalam belon tuh,sebab cik ade lh nampak 1 video kat youtube ni,kalau sedut belon yg ade gas helium tuh boleh wat suara kita jadi kecik. lawak benor cik tgk org kat video tuh. so dgn azam dan tekad cik berazam nak cuba jugak buat suara jadi kecik utk beberapa minit tu. so tanpa memikirkan harga belon tu.. {rm5 je pon}.. cik belilah 1 belon tuh n senyap2 bawak g belakang tmpat permainan budak2.

dengan tamak halobanya,cik sedut bebanyak gas dalam belon tuh {biar betul cik nih!!}. and cik cuba bersuara,tapi suara cik tak kecik pon? cik sedut sekali lagi,tetap sama tak jadi. dengan hampanya cik buang belon yg masih bersisa sedikit angin tuh. hampa tau. dahlah cik dh pening2 kekenyangan gas helium (walaupun cik sedut tak lah banyak mana) tp dalam hati rasa nak gelak pon ada.  hahahahahah.

pulang je kat rumah,cik msg lh sorang abg angkat cik nih,tanya mcm mana nak buat suara kecik guna gas helium. abang amer nama dia.. rupanya lepas sedut gas tuh kena tahan nafas beberapa minit! (abg amer ckp laa). cis!! patutlah cik buat tak menjadi{gelakkan cik lettew}. abg amer ckp lg,bahaya gas helium tu(tu cik tau,wat rosak sel otak n lebih teruk mmbunuh sel2 otak),tapi bila abg amer bgtau yg gas tuh boleh bawak maut,cik tergamam seketika,patutlah cik rasa pening semacam.. O.O

so.. cik ni dikira mcm nakal tahap budak2 lah ea. huu.. kesimpulannya di sini,bila kita hendak try sesuatu mende yg kita dh tau ade kesan2 sampingan,kene tanya org yg lebih arif dulu n tau mcm mana cara2nya. kalau tidak,haaa jadilah mcm cik yg nak sangat buat suara kecik guna gas halium tuu.. soo para pembaca belog cik yakni sayang2 cik sekalian,jgn cntohi apa yg cik buat tau. bahaya. mesti tau caranya mcm mana. lgpon kalau kita sedut gas helium tu dgn cara yg betul,ia tetap ada kesan sampingan yakni membunuh sel2 otak.. kita xnak jd kurang cerdik kan??

so,walaupun ada lwaknya citer yg cik share ni,tp ada pengajarannya. hee. ingat,jgn cuba2 sedut gas helium semata2 nak wat suara kecik. ada caranya tuh,mybe lbih terperinci lg dari apa yg abg amer ckp sbb dia pun rasanya x pasti sama ada cara tu betul atau tak,jgn cuba2 tau.. nakal pon nakal jugak tapi ada hadnya,jgn smpai memudaratkan diri sendiri (macam cik hari ni,huu)

terima kasih sebab sudi baca :)

Ahad, 17 Mac 2013

Sharing Is Caring :)

Assalamualaikum...


cakkk!!

heheheh.. hari ni kan... cik dapat call dari Inti College,diorang suruh cik g kat tmpt diorg utk pgambilan bulan april.. hmm.. mulanya memang berbunga2 hati ni dapat call sedimikian rupa di kala pagi tadi. hikhikhik.. tapi kan,kite nk smbung kat U krajaan. xnak swasta -.-'

-sambil makan cekelat blekpores-  by the way,cik nak share skit lah psl tajuk kita pd hari ini. heheheh. sharing is caring.. {tepuk tangan amai2 semua}.

Korang suke tak kongsi2? kongsi makanan,kongsi cerita,kongsi ilmu,banyak lagi lah? suke tak?? suke lettew.. heheheh.. yang penting jangan suke kongsi gosip n kongsi ngumpat sdah. tu spesis perkongsian yg mendatangkan dosa kering berbakul2. dosanya debit,pahala plak terkredit(terkurang). ye tak?? {amboi mcm blajar akaun daaa}

cik kan,dengan kengkawan cik sekali,suke sangat brkongsi apa2 je yg best. kongsi makanan sedap,mcm cekelat :D,kongsi mekap... macam2 lg lh. sememangnya perbuatan kongsi-mengongsi ni adalah 1 aktiviti yg sangat best kan. makin byk mende baek kita kongsi,mkin byk faedah kita dapat n makin brbakul2 lh pahala kan? kan? kan? ^_^

-sambil mengunyah cekelat-

sape lh yg tak tamakkan pahala.. kita mesti simpan sedikit sikap tamak.. eya.. eya.. berlaku kebingungan di sini ye.. mksd cik,kita kenalh tamakkan pahala... bila dh tamakkan pahala tu,mcm2 mende baik kita nak sgt buat. iyelah,buat baik kan dpat pahala. klau dah niat nk buat baek pon dh dpat phala,apatah lg klau kita buat betol2. hah,makin berlipat ganda pahala kita dapat. and.. Allah makin sayang kat kita :)

selain tu,kerana tamakkan pahala tu tingkat kerajinan kita nak buat ibadah pon meningkat. solat 5 waktunya rajin,mengajinya rajin,puasanya rajin.. haa... dah kira dapat angkut pahala selori dua tuu.. tapi paling penting,kita pon kena tingkatkan iman n takwa kita n tahap keikhlasan kita dlm berbuat baik,so InsyaAllah kita dapat redha dan kasih sayang Allah.. :)

kesimpulannya... berkongsi tu amalan yg baik,amalan baik dapat tambahkan pahala n tamakkan pahala boleh jd org yg lebih baik.. cik kongsi pengetahuan ni utk kita renung2kan bersama,so kita semua dpt bermuhasabah diri n berusaha menjadi org yg lebih baik ^___^ -senyum tak perlu kata apa2,senyum kan sedekah-


ok,sekian ceramah dari Ustazah Nurul Natasyah.. heheheh perasan lh pulak cik nih :D.  apa2 pon,cik sharing sbb cik caring,kan?? hee. jom sume jadi baik n lagi skali sume stuju yg "sharing,is caring" :D

ni quote best yg cik nk share kat korang

  terima kasih sebab sudi baca :)

Sabtu, 16 Mac 2013

Berjalan2 seharian..

Assalamualaikum

check,check,check it out!!! -eksaited tak semena-mena-

ok... cik tau korang dah rasa nyampah sbb cik asyik dok perasan tahap kamekamehaa kan... -setuju lah tu kan... tskk!-

hari ni... makcik cik bawak g jalan2 tau! best sesangat. {tepuklh sikit..}

kitorang g 1 borneo... lintas plaza... best tahap gaban!! :D. tapi mula2 tuh mmg cik agak boring sbb takde wat mende lain.. tapi yg wat cik rasa best tahap gaban tuh,mkcik cik belanja cik rm50.. best woo.. dan limaplohringgit tu,cik beli bedak garnier n eye roll-on garnier. ok ape,dpt tulung mengurangkan eyebag kat mata cik nih akibat selalu sgt tido lewat n minum air bebanyak sblm tido. hikhikhik {tahap kegembiraan toksah nk ckp lh} 

 cik nak snap2 gambo produk garnier tu. tapi,cik takde usb nk simpan gmbo2 tu kat lappy n upload. Tskk! -.-'

apa2 pon,nanti cik share k :)

terima kasih sebab sudi baca :)

Jumaat, 15 Mac 2013

Merangkak-rangkak

nanti cik nak beli kamera jgak :D
Assalamualaikum Fuuhhhhh... Penat mata cik asyik dok bz g blogwalking n angkut sebanyak mana tutorial menghias belog utk buat belog cik ni nampak comey lote.. hakhakhak {ketawa bangga dalam kepenatan maksima} -haiii bila lah engko nk berhenti perasan nih cik ooiii-


 kalau nak tahu,best jugak kan berjalan di belog ni kan? kan? kan? {ketara sangat jakun sebab baru pandai nak blogwalking. buuuu cik!} best sangat2,seprti makan cekelat blekpores rasanya. banyak sangat belog yang lawa2 n sambil2 tu angkut lah ilmu tutorial selori dua kannn... {ketara sgt tahap tamak haloba. tp apa cik kesah? tamak ilmu je :D}. dan mase blogwalking ni lah cik jumpa macam2 tips utk menggapai sebanyak mana followers! eya... eya... ni yg best ni. dapat tips2 free. daebak!! {cik ske mende free. mende yg nak bayar cik ske skit je. -kedekot taik hedong masin cik nih!}




 heheheh (sambil berlagak macho) selain tuu,cik ade lah jugak follow group2 blogger kat pesbuk,ni yg ohsem nk citer ni. banyak wooo bloggers kat sana. bila singgah je kat belog diorang,kemain lawa belog diorang. siyes,tak tipu. takde auta. best sgt singgah kat belog2 best nih! heheheh.. sambil2 tuu.. ade ke patut ni sorang kawan cik ni ejek cik sebab gila sgt nak berbelog. patutkah org chomel mcm cik nih dikatakan sedemikian rupa??? {kali ni lempar selipar kat bdak hingus ungu nih. perasan tahap kamekamehaa}. ok lah,setakat ni je cik larat nak post. dah berat sangat mata ni hah. mcm mata cik ni kena tarik suruh tutup mcm tutup tingkap plak rasanya. -.-'


 Thanks sebab sudi baca,peace yo!!!

Khamis, 14 Mac 2013

Nuffnang

Assalamualaikum sayang2 cik sekalian <3 p="">



huuu... sbenarnye hari ni cik bangun lambat {buuuuu}.




nak tau knape?


sebab semalam cik tido lewat tahap kamekamehaa laaaa.... hikhikhik!

memandangkan cik bangun lewat yang melayakkan cik dinobatkan sebagai anak dara pemalas. {nak dengar tepuk sikit? ok. dgr buuuu je -.-'},so cik cuba utk cover kelewatan itu dgn mnolong pmbantu rumah makcik cik tu buat keje d rumah:


-basuh pinggan\
-menyapu
-basuh periuk
-makan sama2. eh,tu bukan keje ek? ok... {lempar kasut kat cik!}

comel tak?? cik suke warna ungu.. ok,takde kaitan. hee :D



 so lepah je wat sume mende2 yg selayaknya cik buat. apo lai,trus log in belog n fb. dan ternyata,follower cik masih di tahap ciput.. tskk!

pernah dengar pasal nuffnang?? pernah tak?? haaa.... ni sia mo kasitau ni {slank negeri tercinta. sabah!!! tepuk2 smua :D}. semalam cik tengok mende bernama nuffnang ni kat belog yuyu zulaikha. {cik peminat kak yuyu tau!}. cik search laa kat tenet. mcm best je bunyiknye. sooo sebagai blogger yang festaim nampak mende best mcm ni,cik try lh nk join sama. sekali tgk syarat2nya,fuyooo... terbeliak bijik mata cik yg comel ni. {lempar kasut lg!}. so cik xjd lh nak join. tapi hari ni,rasa mcm best pulak nak join n tanpa membuang masa cik join lh nuffnang ni. heee. {senyum semanis gula}.
nuffnang ni tmpat utk bloggers kongsi2 mende best disamping tolong iklankan mende2 best,heheheh. ternyata nuffnang ni kelihatan femes emes febeles plak ye. 

 ok,kita tukar topik lain lg. haa... nak khabaq nih! {tetiba je cik nih!}. minggu depan result spm dh nk keluar dahh.. {jantung cik berdebar dan berdegup laju selaju kereta sport}. nebes tauu.. iyelah,takut nt tgk keputusan tak nampak gojes segojes Cik Nurul..{kali ni lempar telur busuk pulak. amik kau cikkk!!!}.heheheh..

apa-apa pon,setelah kita usaha sebanyak yang termampu,kita kena berdoa pada Allah supaya dapat hasil yang terbaik. :). lepas tu.. kita kena tawakkal tau,so kita akan redha dengan apa2 je hasil yang kita dapat. takdelah nt kita kecewa tahap gaban kan. so my sayang2 sekalian [especially yang tgh tunggu result spm n berdebar2 mcm cik :D]:

Usaha,Doa,Tawakkal... :D

sekian ceramah dari prof Cik Nurul Natasyah {kali ni tepuk lah,asyik kena lempar mende2 tak best je. heheheh}

ok,sukacitanya dimaklumkan bahawa cik ni sebenarnya belum mandi.. {patutlah bau semacam je td cik!!!}. so cik nak pg mandi n bukak sume sawang labah2 kat celah ketiak nih {dengan bangganya}.
nanti cik publish lg. ok? :D

terima kasih sebab sudi baca belog cik <3 br="">


 

Hari yang normal... :)

Assalamualaikum...



Hmm... memandangkan follower cik sangat sedikit n boleh dikira dgn jari sepuluh cik ni hah,eh sepuluh jari laa. hee.. ok. sebenarnya. cik ada 2 follower je. tskk! {buuuu kat kite... -.-'}


Kejap lg cik tulis byk2,ok? ape lh cik ni asyik kejap je keje. {merepek lg} tapi apa2 pon cik nak share  gambar sikit :D












Ok,terima kasih sebab sudi baca :D








Peace yo!!!!! :D

Cik Ngantok... Huu


cik dah ngantok sangat dah skrg ni. ingatkan baru pkul 11,tgk jam. ok. cik. salah. dah jam 1 lebih dah... ngantok tahap gaban nih.. {buuu cik nurul sbb xreti2 lg nk tgk jam} Ok,dah takde apa2 lg dh.. nt cik taip panjang2 di lain masa agar korang dapat membaca ala-ala tgh baca novel yang tajuknye "cik nurul daebak". {ok. gurau je. hee. (senyum-senyum kambing sampai kambing kat kandang pon wat mke hairan)} Terima kasih daun keladi. kalau sudi singgahlah belog cik lg :D

Siap Hias Belog!!!

Assalamualaikum Jeng,jeng,jeng...Cik Nurul yg baru sje siap dihiasssss!!!! Memandangkan kepala hotak Cik ni dah takde ape2 idea yang bernas lagi cerdas utk disharekan kepada sayang2 Cik sekalian... Emm...Emm... Ok,fine. Cik ketandusan idea tahap gaban pada saat ini(sambil tepuk2 kepala nak carik idea) Apa2 pun,lepaih ajo byk follower n mybe Cik akn publish lebih byk lg. Dan semestinya Cik akan kerap kali ke cyber cafe memandangkan rumah cik takde tenet. Tskk! Ni gambar marshmallow yg membuatkan cik geram utk makan mende chomel nih. ok. takde kaitan. cis! Apa-apa pun,nanti cik publish lagi k :D Terima kasih daun keladi yang cik petik pagi tadi :D
Hak Cipta Terpelihara Milik Cik Nurul
Hak Cipta Terpelihara Milik Cik Nurul