Khamis, 7 November 2013

Oh Cuti Semester

Assalamualaikum

Rasanya dah agak lama Nurul x update belog nih. Ok. Bukan agak,tapi memang dah lama pon. huu. Agak2, ada yang rindu kat ai ke? cer jawab sket.

Perasan x ketahuan hala di perenggan awal -.-'

Bukannya Nurul dah malas nak updaye belog sebelum ni, tapi atas dasar desakan kesibukan mengurus rumah tangga... ok gurau je. Atas dasar desakan kesibukan menyiapkan esaimen+kuiz+test+ aktiviti kelab+takut tahap ketaq kepala lutut sebab final exam.. Lain2 sebab.. sebab penat sangat ngan susahnya nak mendapatkan jaringan internet kat tempat study walaupun pada hakikatnya wifi free kemain berlambak kat sana -.-'

Tapi org nak line internet laju, seronok sikit nak update belog :')

Bila balik cuti hujung minggu kat rmah kkak sepupu plak, asyik layan wechat.fb,ngan youtube. Belog dibiar sepi atas alasan rakde idea nak tulis apa. Bila mintak pendapat kat kawan,dia suggest Nurul sambung citer yang Nurul kata nak cerita masa kat post terakhir tu... Ingat lagi tak??? Ingat tak??

Sebenarnya Nurul sendiri pon x ingat -.-'

-silakan lepuk laju2-

Okey, lepas tengok balik post terakhir, baru Nurul Ingat. heheheh. Nurul nak cerita pasal kenapa Nurul sambung study dlm course yang Nurul sebenarnya x minat. Eya.  Course yang Nurul x sangka akan mnjd course sambung study Nuru. Serius, x sangka. Tapi percaya :)

Ceritanya begini..

Nurul dah tunggu lama offer dari IPTA untuk sambung kat course yang Nurul suke: akaun, bahasa inggeris, pentadbiran awam ataupun perbankan Islam. Tapi tunggu punye tunggu, asyik2 tawaran dari institut swasta je. Dapat tawaran ipta pon course peringkat sijil, pastu kat tempat yang kemian jauh.. Jd jawabnya Nurul tolaklh.. Bukan sebab memilih, tapi banyak alasan yang mendorong Nurul menolak tawaran tersebut. [kenapa tetiba baku sungguh perenggan ini? -.-']

Semakin lama tunggu, Nurul rasa tahap keyakinan diri Nurul semakin menurun.. Maybe x lah lama sgt, tapi bg bdak yang dah bersemangat berkobar2 nak sambung study, memang tahap kesedihan tu x boleh nak kata mcm mana. Masa tu Nurul nampak makin suka menyendiri, sampai satu tahap Nurul nangis depan mummy. Sebab kecewa sangat xdapat tawaran untuk course yang Nurul minat.

Sebelum part nangis tu, beberapa hari sebelum tu Nurul kena call dari Politeknik Kota Kinabalu. Katanya, Nurul dapat tawaran sambung study kat sana. Nurul tanya lh, dalam course apa ya? sebab seingat Nurul, Nurul apply course akauntansi, computer engineering (x minat sebenarnya) n pengurusan hotel(sama jgak, x mnat tp saja2 apply). Then bila dapat tau Nurul dapat tawaran untuk sambung dalam course pengurusan hotel, rasa kecewa itu ada, tapi happy lagi brsyukur sebab Nurul dapat tawaran. Walaupun Nurul kata kat parents, Nurul xnak sambung dlm course ni, tapi dlm diam2 Nurul kilk setuju terima tawaran kat website masa check. sebab? xtau sebab apa,saja je klik. 

Lepas beberapa hari tu, kkak sepupu tanya, ada dapat apa2 tawaran ke? dri ipta khususnya. Nurul jawab lah, dapat.. kat polikk.. course gini3... bla3 smua.. then kakak sepupu suggest supaya Nurul sambung je kat poli ngan course tu,lepas daftar nanti boleh change course. Alhamdulillah... rasa syukur sangat bila kakak sepupu cakap macam tu walaupun masa tu semangat Nurul dah start down dah.. 

Sepanjang masa daftar tu, Nurul wat muka selamba badak je. wat muke "like I care". tapi dalam hati happy sangat2.. dapat study lagi. hihi

Tapi, plan untuk change course tu Nurul cancel sebab Nurul dah jatuh cinta kat course nih. walaupun mencabar, walaupun dihentam ngan esaimen yang berlambak, tapi Nurul happy. :)

Dan.... banyak sangat kenangan manis yang Nurul kumpul sepanjang study kat sini. Pengalaman manis,pahit,masam, dan kelat jadi memori yang x boleh Nurul lupakan bila2.. Dapat jumpa kengkawan ohsem, senior2 ohsem, encik comel, abang bebel, kakak sweet..


Siyes,rindu kat diorang :')

Moralnya kat sini, mungkin benda yang kita x suka tu boleh jadi benda yang kita sangat suka nt.. Seungguhnya, perancangan Allah tu sememangnya yang terbaik. Allah dah takdirkan Nurul untuk study kat poli, ngan course yang Nurul x minat, tapi akhirnya banyak perkara manis yang Nurul alami. :)

Heheheh... Maybe post Nurul kali ni x bergambar, ngan bnyak sgt baku2... Tapi.. Mohon ambil iktibar dari apa yang Nurul alami k :)


Oh ya!!! Dah kenapa tajuk x selari ngan cerita Nurul ni? hoh. Ni kes xde idea nak bagi tajuk apa sebenaqnya :)

Apa2 pun, In Shaa Allah, nanti Nurul akan cerita lebih lagi d post yang akan datang. Ngan gambaq sekali naa. ^_^

Terima kasih sebab sudi baca :D



 
Hak Cipta Terpelihara Milik Cik Nurul
Hak Cipta Terpelihara Milik Cik Nurul