Rindu kat Nurul x? Rindu x? X? Lepuk kang kalau x rindu.
Dh kenapa,nk jgak -.-'
Dah lama sgt Nurul x update belog. Kiranya lebih kurang sebulan.. Ek,no! Dua bulan. Ok,dua bulan wa cakap sama lu. Hoi lama tuh!
Nak buat mcm mana,bulan2 lepas xde citer best nak kongsi,mahupun sebarang ilham nan syahdu untuk ditaip kat blog. Dalam hati nak sangat kemaskini belog,tapi kalau Nurul mnaip sekadar untuk mengada-ngada menggedik menggoda(dh start dh merepek), adalah menjadi adalah menjadi aktiviti kegemaran pembaca belog Nurulnatasyah.blogspot.com untuk melepuk laju2 Nurul yang comel ni. Ok. Ngada2 lagi :')
Ni nak bagitau ni,dah x sabor sangat dh ni nak khabaq bahawasanya Nurul dah berjaya melanjutkan pelajaran kat Politeknik Kota Kinabalu!!!! Tu yg sibuk sangat sampai xde masa nak hapdet belog yg dah berhabuk bekepuk2 ni. hihi
Kat Poli KK ni,Nurul sambung dalam bidang pengurusan hotel dan katering. hihi. apa? apsal dulu cakap nak sambung dalam bidang akaun atau bahasa inggeris tapi sekarang sambung kat pngurusan hotel??
Rilek teman2... (tarik nafas dalam2)
Nanti je lh Nurul citer xD (Tolonglah,lempang bdak sorang ni laju2!)
Bukannya apa,kalau Nurul nak citer sekarang sampai minggu depan pon x habis lg. banyak sangat Nurul nak citer memandangkan banyak sangat benda yang Nurul lalui sepanjang bergelar pelajar IPT ni. Banyak sangat tau! Banyak lh sangat -.-'
Yang pasti,Nurul nak citer macam mana rasanya hidup sebagai seorang pelajar ni. Siyes best wa cakap. Masa pendaftaran tu hati dahku dah berbunga2 cinta yang di hati bila tengok bebudak poli jalan sana sini sinu sono sekitar Politeknik tu. Siap lambai2 diorang mcm dah bertahun kenal.ngan gaya model ratu cntik gitu. Ngada sangat gara2 dah tak terkawal rasa eksaited dalam hati. :')
![]() |
Gambar rembat google. Lawa bangunan poli kk ni kan? Tambah2 ada plajar junior comel bernama Nurul Natasyah kat situ. Ok. X kenal ke? xpe -.-' |
Beberapa hari lepas tu, Poli ada menganjurkan Kem Bestari Solat tau kat Pusat Islam berdekatan dengan Kamsis(kampus kediaman aka asrama). Rasa best masa join kem tu memang best tahap gaban. banyak info pasal solat yang kadang2 kita terlepas pandang,di praktikkan kembali. Lepas tu aktiviti2 yang dianjurkan pon best. Abang2 dan kakak2 fasi pon mesra jer. Hensem2 dan comel2 plak tuh. hihi :D
![]() |
Perkarangan depan Pusat Islam. Tenang dan damai je tgk :') |
![]() |
Ni lh antara kakak2 fasilitator masa kursus bahasa isyarat. comel2 smua. :) |
X lama lepas Nurul sambung kat Poli, bulan Ramadhan pon sampai.. Kali ni baru Nurul rasa betapa syahdu nan sedihnya berpuasa di perantauan tanpa keluarga disisi. (walaupun KK dan Keningau jauhnya cuma 2 jam perjalanan. Guna kete je sampai dah. -.-'). Siyes, masa on the way balik dari kelas kat Telipok,lalu kat gerai and terhidu pak gerai masak, teringat kat mummy dan daddy. mummy masak ape untuk buka puasa nt. Rindunya kat mummy. Tatkala makan kari kat kafe d Poli, teringat ngan kari masakan daddy. rindu tau. siap rasa nak nangis2 ngan hingus cecah lantai masa tu :')
Masa berpuasa kat Politeknik, yang best tu masa g terawih. Best wa cakap,cuma Nurul x g terawih full lantaran sibuk menyiapkan esaimen yang berlambak lambok lambuk. Minggu2 sebelum cuti raya memang padat ngan esaimen,kuiz dan presentation. Rasa nak nangis tau nak wat semua benda. nasib baik kerja grouping,kalau individu,rasanya dah peluk2 roommate sambil nangis2. hakhakhak :')
Apa2 pon,pengalaman hidup sebagai seorang pelajar ipt dan tinggal jauh dari family ni benar2 mematangkan Nurul. Tambah2 dapat kawan sekelas karib yang kuat membebel tapi banyak ajar Nurul untuk berdikari. hihi. Buat masa ni Nurul ambil masa untuk lonjakkan diri Nurul dan cuba untuk berjaya dalam bidang yang Nurul ceburi sekarang. Meskipun bidang ni,Nurul x terfikir pon akan terlibat,tapi tu semua ketentuan Allah kan. Ada hikmah di sebaliknya. Alhamdulillah, Nurul dah jatuh hati ngan bidang ni dan Nurul bahagia :D.
Haaaaaaaaa......
(menyapu2 bahu tanpa motif)
Untuk entri akan datang, Nurul nak citer pasal senior2,roommate,classmate dan raya! Hihi. Tunggu tau. Janji tunggu. Janji? Janji k? Ok. Gedik. Tak. Ketahuan. Hala. -.-'
![]() |
Nurul n Classmate :D |