Ahad, 9 Jun 2013

Target Bila Dah Sambung Study

Assalamualaikum  


Sejak turunnya bendera SPM 2012 tahun lalu dan sejak terbebasnya result SPM yang ditunggu tiga purnama selepas itu. Sempat jugak berjimba jimbu ngan family n rakan n perut menari-nari geli-geli sehari sebelum result keluar [syahdu sungguh bicara Nurul. cis -.-'],Nurul masih lagi memegang takhta penganggur terhormat dengan jayanya. sadis. Tskk! -.-'
Bendera SPM dh turun,Nurul pn x ketinggalan nak conteng2 baju. jarang2 tau dapat peluang mcm ni. :')
Sekolah tercinta :')


Smua posing macam segerombolan artis. hihi
Muka2 gembira barbaur rasa lapar tahap gaban. happy sbb smua dpt result yang lawa. hihihi
Ni bukan kerana Nurul x dapat tawaran dari mana2. Siyes,bkn mcm tu. Nurul dapat lamaran  tawaran kat KPTM kat Semporna nun,tapi jauh sangat wa cakap sama lu. Kalau buleh Nurul nak smbung kat UiTM KK. Lepas tu,Nurul memang dapat tawaran untuk smbung tingkatan enam. siyes,bunyinya best sgt,tapi parents Nurul x bagi. Dan bagi pendapat Nurul,lebih baik sambung diploma terus walaupun pada hakikatnya tingkatan enam pun kira diploma jugak. tapi ye lh,Nurul nak belajar berdikari. Sambung kat tempat yang x berapa nak jauh tapi tetap membolehkan Nurul untuk berdikari. Dah. Dah. serius sangat statement ni. ohhh... [buat2 tengah emotional sambil sembunyi bawah meja makan]

Nurul ade jugak dapat tawaran dari Kolej Komuniti Jasin. Tapi.......[tapi lagiiii] Jasin tu jauh sangat u know. huuu... -.-'

Sekarang Nurul tengah tunggu result rayuan Nurul untuk g kat Politeknik KK n UiTM KK tu kluar. harap2 dapat lah. Dah Nurul harap2 dapat masuk UiTM dulu tapi x dapat,UPSI pun x dpt. kenapa?  penat tau ai goda2 UiTM n UPSI tu. auta. 

So... Sementara masih memegang takhta yang dihormati yakni penganggur terhormat yang jelita lagi comel dan ohsem ni [sila sediakan plastik kalau x tahan rasa meluat],Nurul catat lah target2 Nurul bila dah sambung belajar nanti.  hihihi ^_^

Ni Target Nurul:

 Study selama 5 jam. Ok. Lima jam wa cakap sama lu. [3 jam untuk yang paling minima]
  1. Assignment yang diberi MESTI siapkan awal dan lengkap! jangan ngada2 nak layan Running Man mahupun cekelat oh sedapnya di peti sejuk kalau esaimen terlentang sepi x siap di atas meja.
  2. Belajar berdikari. Jangan terlalu alpa berjimba jimbu jambu jumbo ngan rakan taulan tau. kengkawan pon kalau boleh seorang dua tu cukup. bukan seratus dua. [perasan famous]
  3. Tidur kena cukup atau seimbang. Jangan tidur lewat. No good Nurul,no good. Ye lh,demi menjaga kejelitaan kulit dan ketajaman minda gituu.. ngada2 sangat statement ai ni.  jangan terlebih tidur plak
  4. Kena rajin tanya lecturer kalau ada apa2 yang x difahami. jangan ngada2 buat2 faham padahal kat kepala dah bingung sangat. mesti tanya. mesti tau. ingat tau! barulh lecturer sayang kat kite.hihi. 
  5. Kalau tinggal kat asrama,rajin2 lah basuh kain selang 3 hari cenggitu. siapa tau kat asrama xde washing mesin yang suka telan kain ngap ngap. jangan biarkan diri dibuli senior tau. walaupun Nurul ni junior yang kecik cinonet,tapi.. xbaik tau buli orang comel :')
  6. Solat kena FULL.  Jangan ponteng2. kena wat awal waktu tau. jangan ngada2 nak solat ikut masa kat Jepun plak. start target ini dari sekarang. Mesti!
  7. Call mak ngan ayah seminggu sekali. eya.. seminggu sekali tau. dah Nurul memang jarang guna phone,kredit tu boleh jimat untuk call parents. hihi
  8. Time rilek,boleh lh bagi hadiah untuk diri sendiri yang dah bertungkus lumus bergolek  berlari merangkak dan bersusah payah menimba ilmu ngan gelojohnya. [novel best,drama korea,running man,makanan sedap untuk perut nurul yang kiut,dan masker.. hihi ^_^]
  9. BOYFRIEND??? No,no,no,no,no! Sekarang bukan masa yang sesuai. Study first :)
  10. Cuti semester?? cari lah kerja part-time yang halal lagi menambahkan duit poket. :D
  11. Kena berjimat! Duit poket mesti digunakan untuk beli barang2 keperluan. [agaknya cekelat dan cekedis pon kira barangan keperluan jugak kan? untuk santapan perut kiut nurul. hii]
  12. Sederhanakan sikap pemalu. Malu kan sebahagian daripada iman :). Malu berpada-pada. jangan jadi xtau malu plak,ngada2 wat prangai muka tembok cina. xmau... xmau.. hihi
  13. BUANG SIKAP MALAS. kikis sepenuh hati sikap malas tu.
  14. Update belog seminggu sekali. boleh dua tiga kali klaa ada cerita best nak khabaq tapi janganlah sampai berkali-kali. study mcm mana? esaimen mcm mana? kena pandai bahagi masa tauu. dah namanya diva[start dahhh... ngada2 lg]

 Ok. Dah. Panjang. Berjela. Nurul. Taip. Rasanya korang yakni sayang2 Nurul smua pon dah rasa mcm tengah baca karangan Bahasa Malaysia SPM bertaraf A+ kot,ye tak? :')

Macam tu lh target Nurul bila dah sambung study. bagi target No.6 tu,In Shaa Allah,Nurul dah praktikkan dari sekarang. Ye lh,xkan bila dah sambung study baru nak start kot,ye tak? Solat kan penting,hari2 kena target macam tu. :)

Korang plak? Mesti ada target masing2 kan? Bila kita dah wat target,kita mesti berusaha nak capai target tu tau. jangan wat target je tapi x wat apa2 untuk mencapainya. kalau macam tu,kira macam target tu hangat2 taik ayam jiran sebelah lah wa cakap sama lu. pernah terpijak taik ayam fresh tak? haa mcm tu lh ngan target korang kalau usaha stakat melepaskan batuk di tangga ngan x senonohnya.

Apa2 pun,kesimpulannya kalau kita dah wat target,kena berusaha untuk capai target tersebut. Stakat target je nk wat pe kn. ye tak? ;)

Meh tengok gambar ni,sama2  tanamkan azam dan tekad kat dalam diri,bukan di kebun belakang rumah.
Curi dari google. :)



Terima kasih sebab sudi baca :)


2 ulasan:

  1. Wah menarik, semua aktivitas terjadwal dengan baik.. Bisa mengoptimalkan waktu dengan baik. Semangat kawan. Blog yang bagus! ^_^

    BalasPadam

Hak Cipta Terpelihara Milik Cik Nurul
Hak Cipta Terpelihara Milik Cik Nurul